Perbuatan manusia Segi Tiga Bermuda

Kesilapan manusia

Satu daripada alasan rasmi yang popular mengenai kehilangan kapal terbang atau kapal laut adalah disebabkan oleh kesilapan manusia. Sama ada disengajakan atau tidak, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai penyebab kemalangan dan kehilangan yang dilaporkan di Segi Tiga Bermuda. Sebagai contoh, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai punca kehilangan kapal tangki V.A. Fogg pada tahun 1972. Kedegilan juga menyebabkan ahli perniagaan Harvey Conover kehilangan kapal layarnya Revonoc ketika dia belajar dalam keadaan ribut di Florida pada 1 Januari 1958. Adalah diingatkan bahawa sebab-sebab kehilangan tidak dapat dijelaskan kerana bangkai kapal yang hilang tidak dijumpai untuk dikaji.

Tindakan kemusnahan yang disengajakan

Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika Syarikat telah diperiksa; sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa Perang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Perang Dunia II disyaki ditenggelami oleh kapal selam tetapi sebarang hubungan itu tidak dapat dijumpai dalam rekod Jerman.

Melanun, sebagaimana ditakrifkan sebagai merampas kapal atau perahu di laut lepas, ialah suatu kejadian yang masih berlaku. Sedangkan melanun untuk merampas kargo adalah jauh lebih biasa di Lautan Pasifik dan Lautan India, penyeludup dadah juga merampas lancang peranginan untuk menjalankan kegiatan penyeludupan mereka dan mungkin terlibat dalam sesetengah kehilangan sekoci dan anak kapal di Laut Caribbean. Di Caribbean, kegiatan melanun merupakan suatu kegiatan yang biasa dari sekitar 1560 hingga 1760-an, dengan Edward Teach (Blackbeard) dan Jean Lafitte merupakan antara lanun yang termasyhur di laut itu dari segi sejarah. Lafitte kekadang juga dikatakan sendiri merupakan mangsa Segi Tiga.

Satu bentuk melanun yang lain dijalankan di darat. Lanun di pantai akan memancar cahaya untuk menunjukkan arah yang salah kepada kapal-kapal untuk mengakibatkan nahas kapal lalu merampas kargonya. Adalah mungkin juga bahawa lanun tersebut akan membunuh mana-mana anak kapal yang membantah. Nags Head, Carolina Utara, dinamai sempena amalan lanun untuk menggantung lantera pada kepala kuda yang kedua-dua belah kakinya diikat supaya kuda itu tidak lari semasa berjalan di pantai.

Rujukan

WikiPedia: Segi Tiga Bermuda http://www.monash.edu.au/pubs/monash-news/2003/bub... http://www.aquaexplorers.com/Bermuda_shipwrecks.ht... http://www.docksideconsultants.com/wavessup.html http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.graveyardoftheatlantic.com/Deering/CADe... http://www.scifi.com/trianglesecrets/ http://strangegr.tripod.com/strangeandparanormalac... http://www.physics.smu.edu/~pseudo/BermudaTriangle... http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrate... http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrate...